Sultan Mansur I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah I (1138 H/1725 M atau 1723 M[1] – 14 Jamadilakhir 1208 H/14 Julai 1794 M[2]), dikenali sebagai Tun Dalam atau Marhum Janggut selepas kemangkatan baginda, ialah Sultan Terengganu kedua dan putera kepada Sultan Zainal Abidin I. Dilahirkan pada 1710, baginda memerintah pada tahun 1733—1793. Baginda berkahwin dengan Tengku Bulang, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Isteri baginda yang kedua ialah Nang Senik, puteri kepada Long Dil pembesar dari Pulau Melur, Kelantan. Baginda mangkat pada 17 Januari 1794 lalu digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II.[3] Tiga bulan sebelum baginda mangkat, baginda telah berangkat ke Kelantan bagi menyaksikan puteranya yang ke-6, Tengku Muhammad yang juga menantu Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Muda Kelantan.

Putera baginda iaitu Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur Riayat Shah yang berkahwin dengan Engku Tuan Nawi binti al-Marhum Sultan Long Yunus iaitu puteri baginda Sultan Kelantan,[4] menjadi Sultan Kelantan yang memerintah dari 1795 hingga 1800.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1208 H bersamaan 1794 M, baginda mula kegeringan. Pada malam Jumaat 14 Jamadilakhir 1208 H bersamaan 14 Julai 1794 M, tembakan meriam telah dilepaskan menandakan kemangkatan beliau pada hari tersebut. Pada keesokan harinya, jenazah baginda telah disiramkan lalu disembahyangi. Kemudian, jenazah baginda dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 116.
  2. ^ a b Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 139.
  3. ^ "Sejarah Ringkas Negeri Terengganu". Laman Web Rasmi-KDYMM Sultan Terengganu. abytech sdn. bhd. Dicapai pada 22 Julai 2010.
  4. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/treng4.htm

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
  • Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)


Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu
ke-2
Penyandang Kemudian
Sultan Zainal Abidin I Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mansur Riayat Shah